Monday, May 7, 2012

ENSIKLOPEDIA SOLAT

 



ENSIKLOPEDIA SOLAT

RM 100.00 sahaja

 
Ensiklopedia ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan pusat sumber, perpustakaan awam, pusat pengajian tinggi, sekolah, masjid, madrasah, kelas pengajian malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga. 

Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:
  1. Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
  2. Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  3. Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.
  4. Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.
  5. Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
  6. Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.

Boleh terangkan buku ini tentang apa?
  • Alhamdulillah. Untuk pengetahuan umum, buku ini tentang solat. Segala-galanya tentang solat.
  • Ia dirangkum dan dihimpun dalam satu buku menjadi ensiklopedia.
  • Bermula dengan sebelum solat, semasa solat dan selepas solat.
  • Contoh sebelum solat: tentang air / aurat / wuduk / kiblat / azan / iqamat dan lain-lain.
  • Contoh semasa solat: tentang panduan solat fardu dan juga jenis-jenis solat sunat.
  • Dan contoh selepas solat: tentang doa / zikir dan lain-lain.
  • Selain itu, ada juga penerangan tentang istihadah / haid / mandi dan berbagai lagi yang bersangkut-paut dengan solat.   
Kenapa memilih ‘Ensiklopedia Solat’ sebagai tajuk, bukannya ‘Panduan Solat’ atau sebagainya?
  • Isi asalnya adalah panduan solat.
  • Kemudian dihimpun dan ditambah dengan falsafah, sejarah juga sains untuk memberi ilmu perkara-perkara yang berkaitan dengan bab solat.
  • Selepas dihimpunkan semua dalam satu, ia dijadikan bentuk ensiklopedia moden, iaitu mengikut huruf A – Z supaya lebih mudah difahami dan mudah untuk dibuat rujukan.
  • Sebagai contoh, kalau nak cari ‘A’ AZAN – ia terletak di bahagian muka surat hadapan. ‘Z’ ZIKIR – pula terletak di bahagian mula surat belakang.
  • Jadi ia sesuai kiranya dinamakan Ensiklopedia Solat berbanding Panduan Solat.
Apa kelebihan buku ini dengan buku tentang solat yang banyak di pasaran?
  • Selain fiqah, buku ini ditambah dengan falsafah, sejarah dan sains.
  • Kemudian disertakan dengan ilustrasi, foto, peta minda dan jadual yang menarik.
  • Ia lebih mesra pembaca dan mudah difahami.
  • Apa-apa sahaja berkenaan solat (wajib ataupun sunat) ada diterangkan.
  • Dalam satu buku ini sahaja merangkumi semua jenis solat dan amalan lain.
Adakah semua jenis solat diterangkan di dalam ‘Ensiklopedia Solat’ ini?
  • Ya. Semua solat fardu: Subuh / Zuhur / Asar / Maghrib / Isya’.
  • Dan solat sunat: Duha / Gerhana / Hari Raya / Istikharah / Hajat / Jenazah / Tahajud / Tasbih dan lain-lain.
  • Semua solat wajib dan sunat ini disokong dengan dalil yang memaklumkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melakukannya.
  • Ditulis juga matan, sanad dan nombor hadis sebagai rujukan. 
Sasaran golongan pembaca bagaimana yang membaca buku ini?
  • Semua golongan terutamanya keluarga. Setiap rumah kalau boleh memiliki sekurang-kurangnya satu naskhah.
  • Sangat bermanfaat. Kita beli, baca, faham, amal dan sampaikan kepada yang lain.
  • Sedia maklum bahawa persoalan utama yang dipersoalkan di akhirat kelak adalah solat. Jadi dalamilah ia dengan membaca buku ini.
  • Selain itu ia boleh dijadikan bahan rujukan pusat sumber, perpustakaan, pengajian tinggi dan masjid-masjid.
  • Tidak rugi kalau kita wakafkan di masjid-masjid sebagai rujukan. Malah kita untung sebab sudah tentu ada bahagian pahala kita di sana.
Apa keistimewaan ‘Ensiklopedia Solat’ ini dengan ensiklopedia yang lain?
  • Ia lebih mesra pembaca.
  • Foto / ilustrasi / peta minda / gambar rajah dan susunan reka bentuk yang menarik supaya lebih mudah difahami.
Bagaimana timbulnya idea untuk menerbitkan buku ‘Ensiklopedia Solat’ ini?
  • Pada asalnya kerana kami melihat dan mendengar banyak perkara dan kemusykilan dalam bab solat ini.
  • Daripada situ kami kumpulkan masalah-masalah dan kemusykilan yang diutarakan dan kami jawab dalam bentuk panduan.
  • Di situ kami perincikan agar lebih mudah difahami dan menyempurnakan penerangan dengan beberapa ilmu lain mengikut kesesuaian.
  • Akhirnya kami diilhamkan membuat bentuk ensiklopedia.
Adakah pendekatan ‘Ensiklopedia Solat’ ini sama dengan kitab-kitab lama dan di sekolah-sekolah?
  • Perbezaan yang paling ketara ialah Ensiklopedia Solat ini lebih mudah difahami dan mesra pembaca.
Biasanya ensiklopedia mempunyai banyak jilid, bagaimana pula dengan ‘Ensiklopedia Solat’ ini?
  • Satu jilid sudah memadai sebab mudah untuk membuat rujukan, walaupun agak besar dan tebal. Ini dilakukan kerana jika ia mempunyai banyak jilid, seseorang itu sukar untuk mencari bab-bab tertentu dalam sesuatu masa.
Adakah selepas ini pihak Telaga Biru akan menerbitkan ensiklopedia yang lain? Zakat, Puasa, Haji misalnya?
  • Insya-Allah jika kami diberikan kekuatan dan keupayaan, kemungkinan untuk menerbitkan ensiklopedia lain ada dalam perancangan.
Kepada semua, selagi nyawa dikandung badan, minda dan kudrat pun masih kuat berfungsi, maka tuntutlah ilmu sebanyak mungkin. Ini salah satu ilmu yang amat penting untuk kita – Ensiklopedia Solat. Kita mantapkan solat kita dengan buat rujukan melaluinya. Apa yang kurang kita tambah, apa yang lebih kita khusyukkan. Usah anggap solat itu satu adat, tetapi anggaplah solat itu satu ibadat.
 
 
JIkA INGAN MEMBELI BUKU INI .. SILA LAH HUBUNGI nO 089852208 ATAU 0198525507 ( ENCIK NURMAKSUD )

No comments: